News About 1 Year Ago
BINTULU: Suasana menyayat hati menyelubungi pantai penyu Taman Negara Similajau semalam tatkala pasukan mencari dan menyelamat menemui mayat seorang pelajar yang mati lemas dalam tragedi yang menimpa dua pelajar yang ditelan ombak besar, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Bintulu Superintendan Sulaiman Abd Razak semasa dihubungi berkata, mayat Zaid Mohd Dzulkhairi Julaihi, 16, anak kepada seorang kakitangan Shell, ditemui pada jam 3.45 petang semalam oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (Bomba) yang menaiki jetski, kira-kira 200 meter dari lokasi kejadian.
“Kita masih mencari seorang lagi mangsa yang hilang, iaitu Mohd Arif Abd Rahman, 15. Kedua-dua mangsa adalah pelajar Kolej Tunku Haji Bujang, Tanjung Lobang Miri,” kata Sulaiman sambil menjelaskan keadaan cuaca agak memuaskan semasa operasi mencari dan menyelamat dijalankan.
“Jenazah Zaid telah dibawa ke Miri petang semalam oleh ibu bapanya untuk upacara pengebumian,” tambahnya.
Terdahulu, Zaid dan Mohd Arif menyertai rombongan seramai 30 pelajar sekolah mereka dan lapan guru pengiring melakukan lawatan ke Taman Negara Similajau.
Semasa lawatan itu, rombongan terbabit telah dibawa ke pantai yang terkenal sebagai lokasi penyu bertelur oleh guru pengiring mereka yang memakan masa selama tiga jam dengan berjalan kaki.
Setibanya di pantai itu, dua pelajar terbabit dikatakan bermain-main air laut, namun tanpa
diduga ombak besar muncul lalu menarik kedua-duanya ke dalam air dan dikhuatiri lemas sekitar jam 12.40 tengah hari kelmarin.
diduga ombak besar muncul lalu menarik kedua-duanya ke dalam air dan dikhuatiri lemas sekitar jam 12.40 tengah hari kelmarin.
Seorang pelajar yang hanya dikenali sebagai Mohd Aziz terjun ke laut setelah menyaksikan
dua rakannya ditelan ombak, namun usahanya untuk menyelamatkan mereka gagal memandangkan beliau juga turut hampir lemas.
dua rakannya ditelan ombak, namun usahanya untuk menyelamatkan mereka gagal memandangkan beliau juga turut hampir lemas.
Bagaimanapun, dalam saat genting itu, beliau menyelamatkan diri dengan berpaut pada tunggul kayu yang dilontar oleh beberapa pelajar lain berdekatan dengannya.
Mohd Aziz terapung-apung selama kira-kira sejam di laut sebelum diselamatkan oleh pihak berkuasa taman.
Mohd Aziz terapung-apung selama kira-kira sejam di laut sebelum diselamatkan oleh pihak berkuasa taman.
Sementara itu, gerakan mencari seorang lagi mangsa masih diteruskan semalam yang melibatkan polis Marin, Bomba, Jabatan Pertahanan Awam (JPA3) dan Emergency Rescue Service Malaysia (ERSM) Cawangan Bintulu.
Operasi mencari turut membabitkan pasukan udara dengan masing-masingnya menggunakan sebuah helikopter milik polis dan Shell, selain di kawasan perairan pantai Taman Negara Similajau menggunakan jetski Bomba dan ERSM.
I MISS YOU A LOT ARWAH ZAID
~ ALLAHYARHAM ZAID MOHD DZULKHAIRI BIN JULAIHI ~
~25 FEBRUARI 1992 - 3 FEBRUARI 2008 ~
regards,
diddy ali
No comments:
Post a Comment